KERJA KOSONG

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2009 menyediakan iklan, maklumat dan info terkini tentang kekosongan jawatan, Careers, Job opportunity
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  

Share | 
 

 Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3
AuthorMessage
anissophea



Posts : 528
Join date : 2014-09-27

PostSubject: Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !   Wed Sep 07, 2016 10:48 am

Untuk memahami forex dengan lebih mendalam, sila teruskan membaca artikel mengenai penjelasan asas dan informasi mengenai pasaran Forex yang khusus.

PASANGAN MATAWANG

Pada mulanya membaca mengenai pertukaran wang asing ini agak memeningkan, namun ia sebenarnya agak mudah jika anda mengingati dua perkara: 1) Matawang pertama disenaraikan adalah asas matawang dan 2) nilai matawang adalah sentiasa 1.

Matawang US Dollar adalah boleh dikatakan asas sebagai pembahagi untuk matawang lain. Untuk matawang utama termasuk USD/JPY, USD/CHF dan USD/CAD. Untuk matawang ini dan kebanyakan matawang yang lain, nilai unit dia adalah dalam $1 USD per matawang dengan matawang kedua itu. Sebagai contoh, USD/JPY 120.01 bermaksud 1 USD Dollar sama dengan 120.01 Yen Jepun.

Bila US Dollar sebagai unit asas dan matawang meningkat naik, ini bermaksud nilai Dollar telah melemahkan matawang yang lain. Jika USD/JPY sebelumnya telah meningkat kepada 123.01, nilai Dollar menjadi kukuh kerana sekarang ia boleh membeli lebih banyak Yen dari sebelumnya.

Terdapat tiga pengecualian dari peraturan untuk British pound (GBP), Australian dollar (AUD) dan Euro (EUR). Dalam kes ini, anda akan melihat sebagai contoh GBP/USD 1.4366, bermaksud satu British pound adalah sama dengan 1.4366 US Dollars.

Dalam tiga pasangan matawang ini, dimana US Dollar tidak lagi menjadi kadar asas, dimana peningkatan nilai tiga matawang ini akan melemahkan matawang US Dollar, ia membenarkan mengambil lebih nilai US Dollar untuk satu Pound, Euro atau pun Australian Dollar.

Dengan kata lain, jika matawang tersebut meningkat naik, peningkatan nilai matawang itu akan kukuh dan jika matawang itu menurun, maknanya matawang itu menjadi lemah.

Matawang yang tidak terlibat dengan US Dollar dipanggil matawang silang, tapi ia tetap sama. Contoh EUR/JPY 127.95 bermakna satu Euro bersamaan dengan 127.95 Yen Jepun.

Bila anda melakukan “trading” dalam Forex, anda dapat lihat terdapat dua bahagian dimana terdapat ‘bid’ dan ‘offer’. ‘Bid’ bermaksud anda boleh melakukan jualan kepada matawang tersebut ( pada masa yang sama anda membeli matawang yang kedua). ‘Ask’ pula adalah bermaksud anda boleh melakukan belian kepada matawang tersebut (pada masa yang sama anda menjual matawang kedua).

PIP

Belajar untuk menyukai perkataan ini, kerana inilah yang anda akan cari dalam kerjaya Forex anda. Pip adalah nilai terkecil dalam semua perbezaan matawang, jadi jika ianya bergerak keatas, sebagai contoh EUR/USD bergerak dari 1.2150 ke 1.2155, bermakna ianya bergerak sebanyak 5 pips.

LEVERAGE

“Leverage” ialah satu konsep yang mudah, Jika anda mempunyai $10,000 untuk “trade” anda, broker Forex anda akan membenarkan anda meminjam duit dari mereka jadi anda boleh “trade” dengan nilai kuantiti yang lebih besar. Mereka boleh meminjamkan kepada anda sehingga 400 kali ganda (400:1) untuk anda letak dalam “trade” anda. Kebanyakan broker Forex akan membenarkan anda antara 50:1 dan 100:1 untuk margin. Jika anda memasukkan $1,000 dan broker anda memberi dan membenarkan 100:1 margin, anda akan “trade” dalam “trading” anda sebanyak $100,000 padahal nilai sebenar anda hanya lah $1,000 sahaja.

Ini adalah amat penting kerana setiap pips adalah sama dengan nilai dalam jumlah Dollar. Bila anda “trade” $10,000, setiap pip yang bergerak adalah bernilai $1. Gambar rajah dibawah menunjukkan bagaimana ianya berlaku. Jika anda “trade” 10,000 nilai matawang itu, setiap pergerakkan bernilai $1. Jadi jika anda membuat belian pada 1.1445 dan menjual kembali pada harga 1.1545, anda sudah mendapat 100 x $1, atau $100. Jika anda “trade” dengan nilai $100,000, setiap pergerakan pip adalah bernilai $10 dan seterusnya.

LONG DAN SHORT

Sekarang terdapat dua cara untuk anda melakukan “trade” di pasaran Forex, dan terdapat banyak “trader” baru yang terkejut kerana mereka sebenarnya boleh mendapat banyak wang apabila matawang bergerak keatas mahupun kebawah. Mari kita mulakan secara logik apabila matawang itu bergerak keatas.

Kebanyakan orang sudah faham dan tahu dengan konsep untuk membeli sesuatu dengan harga rendah dan menjual balik bila harga meningkat tinggi. Jadi konsep membeli EUR/USD pada 1.2150 dan menjual balik pada 1.2160 dengan peningkatan 10 pips, ini dipanggil “Long”.

Bagaimanapun anda boleh melakukan ini juga secara terbalik. Jika anda rasakan yang matawang ini akan menurun lebih dari meningkat naik, anda boleh membuat “Short”. Ini hanya lah membuat secara bertentangan dari yang diatas, jual dahulu dan beli kemudian dengan harapan agar harga akan menurun untuk anda mendapat keuntungan.

Ini mungkin agak aneh dan ganjil untuk sesiapa yang masih baru mendengar perkara seperti ini, tetapi konsep nya tetap sama yang akan anda sentiasa membeli sesuatu dengan harga yang rendah dan menjual kembali pada harga yang tinggi. Tidak kira apa jua yang anda “order”, semua transaksi mestilah cukup sifatnya dimana yang anda mesti mempunyai transaksi bila beli mesti jual kembali, selagi anda menjual pada harga yang tinggi anda akan sentiasa mendapat keuntungan.

SPREAD

Perbezaan antara broker Bursa saham dan broker Forex adalah kerana komisen. Broker Forex anda yang mengenakan sedikit komisen dan ada yang tidak mengenakan sebarang komisen. Jadi macam mana mereka membuat duit? Sebab itu lah broker Forex mengenakan “spread” iaitu perbezaan antara harga sebenar dengan harga yang ditawarkan oleh broker Forex.

Disini anda akan dapat melihat “board” biasa mengenai matawang dan juga “spread”. Ini diambil dari sumber kami pada pagi ini., dan anda akan dapat melihat contoh perbezaan antara “Offer” (harga yang anda akan tempatkan untuk “Sell order”) dan “Bid” (harga dimana anda akan tempatkan “Buy order”) adalah 3 nilai “spread” nya.

Walau apa pun apakah ertinya kepada anda? Jadi mari kita tengok dekat “board”, jika anda membeli EUR/USD pada 1.2158 yang ditawarkan pada kolum “Offer” dan dengan jual nya kembali dengan cepat sebelum hara bergerak,anda hanya akan mendapat pada harga 1.2155 seperti yang ditunjukkan di kolum “Bid”. Jadi hasilnya anda mendapat -3 pips, dan ianya adalah kerugian bagi anda an keuntungan pada broker. Ingat untuk sentiasa meletakkan nilai “spread” itu dalam akaun anda apabila anda ingin meletakkan “order”, “set target” dan juga “Stop loss”.

BEARS DAN BULLS

Anda pasti akan kehairanan melihat perkataan “Bears” dan “Bulls” pada buku Forex dan juga laman chat, kenapa mereka memperkatakan mengenai haiwan ini dalam urusan “trading” mereka. Pengertian ia sangat meluas dalam pasaran Forex. “Bears” adalah dimana pasaran dalam keadaaan harga pasaran menurun, contoh bila terdapat ramai yang melakukan “Sell” dari “Buy” di pasaran. “Bull” pula adalah keadaan dimana nilai pasaran dalam keadaan menaik, dimana ramai yang melakukkan “Buy” dari yang melakukan “Sell” di pasaran.

Forex dan juga pasaran lain akan hanya menahan antara “Bull” dan “Bears”. Jika anda dapat mengenali seseorang yang boleh melakukan lonjakan atau anda dapat membaca pergerakan arah, sudah pasti anda lebih mudah untuk melakukan nya.

Jadi yang diatas itu hanya lah asas sahaja, terdapat banyak lagi yang perlu dipelajari untuk membantu anda.

PENGIRAAN KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN

Di pasaran Forex ini, dimana pergerakkan matawang seluruh Negara di dunia dibeli dan dijual. Forex sentiasa menumpukan pada pasangan matawang. Sebagai contoh jika anda melakukan transaksi “Buy” pada Euro dan membayar menggunakan US Dollar, atau anda melakukan “Sell” untuk Canadian Dollar untuk Yen Jepun. Nilai pelaburan Forex ini meningkat dan menurun adalah kerana kadar pertukaran matawang atau kadar Forex. Pertukaran ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan kerap kali kerana disebabkan oleh pengaruh ekonomi dan juga permainan politik. Dengan “hypothetical Forex Investment” akan menunjukkan anda bagaimana untuk mengira keuntungan dan kerugian dalam “trading” Forex.

Untuk memahami bagaimana kadar matawang ini memberi kesan ke atas nilai pelaburan Forex anda, anda mesti mempelajari bagaimana sifat Forex. Sifat Forex sentiasa aktif dan berpasangan. Sebagai contoh, US Dollar dengan Canadian Dollar. Contoh, USD/CAD = 170.50 bermaksud satu US Dollar bersamaan dengan 170.50 Canadian Dollar.Matawang yang berada di sebelah kiri, “/” (USD sebagai contoh) adalah sentiasa bersamaan dengan 1. Matawang yang berada di sebelah kanan “/” (CAD sebagai contoh) adalah matawang kedua. Contoh satu Dollar anda boleh membeli 170.50 CAD, kerana ianya lebih kukuh dengan dua matawang. US Dollar dianggap sebagai matawang tengah dalam pasaran Forex dan sentiasa menjadi pasangan kepada matawang-matawang yang lain.

Sekarang kita terus tumpukan pada “hypothetical Forex investment” yang akan menunjukkan kepada anda jika anda boleh mendapat keuntungan atas jangka masa pendek “trading” Forex. Sebagai contoh, pasangan matawang adalah US Dollar dan juga Euro. Kadar Forex untuk UR/USD pada 26 Ogos 2006 adalah 1.0857 yabg bermaksud satu US Dollar sama dengan 1.0857 Euros dan jika anda membeli pada ketika itu, dengan harga 1,000 Euros, anda akan dibayar pada harga $1,0857 Euros.

Setahun kemudian, kadar untuk EUR/USD menjadi 1.2083 dengan nilai Euro telah meningkat lagi dengan berpasangan dengan USD. Jika anda menjual 1,000 Euros setahun kemudian, anda akan mendapat $1,208.30 yang bermakna $122.60 lebih tinggi dari apa yang anda dapat dari tahun lepas.

Sebaliknya, jika kadar Forex selepas setahun untuk EUR/USD = 1.0576 dengan nilai Euro telah menurun dengan berpasangan dengan US Dollar. Jika anda menjual 1,000 Euros pada ketika itu, anda akan mendapat $1,057.60 yang bermakna $28.10 kurang dari yang anda akan dapat dari tahun lepas.
Back to top Go down
View user profile http://www.mudah2u.co.vu/
anissophea



Posts : 528
Join date : 2014-09-27

PostSubject: Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !   Wed Oct 05, 2016 10:11 am

1- Dalam sebuah referendum atau pungutan suara yang diadakan di United Kingdom (UK) pada hari Khamis, 23 Jun 2016 yang lalu, 51.9% rakyat UK telah memilih untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (European Union atau EU), berbanding 48.1% yang memilih untuk kekal.

Dari segi jumlah undi, ‘Brexit’ atau undian untuk keluar daripada EU mendapat majoriti undi sebanyak 1.27 juta undi. 263 kawasan di UK juga telah mengundi untuk keluar daripada EU, berbanding hanya 119 yang mahu terus bersama EU. (Rujuk infografik “10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang BREXIT” dalam post terdahulu).

2- Berdasarkan analisis keputusan referendum tersebut, anak muda, golongan berpendidikan dan golongan elit kebanyakannya memilih untuk kekal dalam EU. Manakala golongan miskin, pekerja dan warga emas memilih untuk keluar daripada EU.

Dari segi pola geografi pula, hanya Greater London, Scotland dan Northern Ireland sahaja yang jelas menunjukkan keinginan untuk kekal di dalam EU. Kawasan lain di England dan Wales memilih untuk meninggalkan EU.

3- Setelah keputusan referendum tersebut diumumkan pada hari Jumaat yang lalu (24 Jun 2016), David Cameron telah mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri UK menjelang Oktober ini. David Cameron dari Parti Konservatif merupakan penyokong tegar kempen “Remain” iaitu supaya UK kekal dalam EU.

Beliau meletakkan jawatan kerana merasakan beliau tidak lagi sesuai memimpin negara yang telah memilih hala tuju yang berbeza daripada pendirian beliau seperti petikan ucapan beliau, “I do not think it would be right for me to be the captain that steers our country to its next destination”.

Calon yang paling berkemungkinan untuk menggantikan beliau sekarang adalah Boris Johnson, bekas Datuk Bandar London yang juga antara orang paling kuat memperjuangkan ‘Brexit’.

4- Pada masa yang sama, Bank of England telah bertindak untuk menyediakan GBP250 bilion untuk memastikan kestabilan pasaran kewangan di UK pasca keputusan Brexit. Mark Carney, gabenor Bank of England sebelum ini telah memberi amaran Brexit berpotensi menjadikan UK jatuh ke dalam kegawatan ekonomi. Pada masa yang sama, syarikat penarafan kredit Moody’s telah memotong prospek negara UK daripada stabil kepada negatif.

5- Oleh sebab referendum merupakan sebuah pungutan suara yang tidak mengikat di sisi undang-undang, maka kabinet kerajaan UK perlu membawa usul keluar dari EU untuk diluluskan oleh Parlimen. Kemudian kerajaan UK perlu melaksanakan Artikel 50 Lisbon Treaty untuk memulakan proses keluar daripada EU.

Proses ini dijangka mengambil masa selama sekurang-kurangnya 2 tahun, di mana sepanjang tempoh ini, UK masih perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh EU. Namun, UK tidak akan dibenarkan untuk mengundi atau bersuara.

6- Presiden Parlimen EU, Martin Schulz adalah antara pemimpin utama EU mengeluarkan kenyataan yang tegas bahawa UK perlu menyegerakan proses untuk keluar daripada EU. Beliau berpandangan bahawa tindakan David Cameron untuk menggunakan Artikel 50 setelah selesai peletakan jawatan beliau pada Oktober nanti adalah tidak wajar kerana penangguhan hanya akan memburukkan lagi ketidak tentuan ekonomi, yang berpotensi menjadikan ekonomi EU secara keseluruhannya semakin parah.

7- Pada hari yang sama keputusan Brexit diumumkan, nilai Great Britain Pound (GBP) berbanding US Dollar (USD) telah jatuh sebanyak 8.1% manakala nilai GBP berbanding Malaysian Ringgit (MYR) pula jatuh sebanyak 4.0%.

Nilai GBP berbanding Japanese Yen (JPY) juga turut jatuh iaitu sebanyak 11.4%, manakala harga emas melonjak naik sebanyak 4.0% dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Selain itu, di seluruh pasaran saham sedunia seperti FTSE, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), Dow Jones, Nikkei, Straits Times Index (STI), telah jatuh merudum pada hari Jumaat lepas. Di seluruh dunia, pelabur kerugian sebanyak USD2 trillion dalam sehari disebabkan Brexit.

8- Kejatuhan nilai GBP berbanding USD dan JPY, serta kenaikan mendadak harga emas adalah disebabkan oleh aliran keluar matawang daripada negara UK. Dalam keadaan ketidak tentuan ekonomi pasca Brexit, para pelabur di UK telah ‘melarikan’ wang mereka ke “safe haven” (pelaburan selamat), dan pilihan utama bagi pelabur adalah pasaran US, Jepun dan juga emas.

9- Keputusan Brexit juga menyaksikan nilai Ringgit (MYR) telah jatuh berbanding nilai US Dollar sebanyak 1.9%. Punca utama kejatuhan ini berlaku ialah kerana kenaikan nilai USD, bukannya disebabkan oleh kesan langsung Brexit ke atas ekonomi domestik Malaysia. Hal ini disokong dengan kenaikan nilai MYR berbanding GBP sebanyak 4.0%, dan juga berbanding IDR (Rupiah) sebanyak 0.8% pada hari yang sama.

10- Selain kesan ekonomi seperti yang disebutkan di atas, Scotland dan Northern Ireland juga berkemungkinan akan membuat referendum untuk keluar daripada UK, dan seterusnya kekal di dalam EU. Hal ini dibuktikan dengan sokongan jelas oleh warga Scotland dan Northern Ireland yang telah mengundi “Remain” semasa referendum tersebut; serta kenyataan dari Ketua Menteri Scotland, Nicola Sturgeon dan Timbalan Ketua Menteri Northern Ireland, Martin McGuinness.

11- Dalam aspek perdagangan antarabangsa pula, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyatakan bahawa Malaysia berkemungkinan akan memulakan perbincangan untuk mewujudkan hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan UK. Langkah yang sama juga akan diambil oleh negara-negara lain.

12- Risiko terbesar Brexit kepada Eropah kini adalah jika semakin banyak negara anggota lain yang turut ingin keluar daripada EU, terutamanya negara-negara besar seperti Jerman, Perancis, Sepanyol, Belanda dan Itali.

UK merupakan penyumbang ketiga terbesar kepada bajet kewangan EU. Dalam sistem pasaran kerjasama ekonomi seperti EU, negara yang saiz ekonominya lebih besar selalunya akan menjadi penyumbang untuk menampung ekonomi negara yang lebih miskin.

Maka tindakan UK keluar daripada EU akan meningkatkan lagi sentimen sedemikian terutamanya di kalangan ‘Euroskeptics’ (anti-EU) yang populariti mereka semakin meningkat pasca Brexit.

13- Pada masa yang sama, adalah tidak mustahil Brexit dapat memberikan kesan positif kepada ekonomi UK untuk jangka panjang kerana BREXIT memberikannya kelebihan dari segi autonomi.

Namun ia bergantung kepada kebolehan dan kemampuan kerajaannya untuk mewujudkan polisi dan strategi yang lebih mapan berbanding EU pasca Brexit yang bakal mempunyai 27 buah negara anggota yang masih menjadikannya sebuah blok ekonomi yang besar dan utama di peringkat pasaran global.
Back to top Go down
View user profile http://www.mudah2u.co.vu/
anissophea



Posts : 528
Join date : 2014-09-27

PostSubject: Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !   Wed Dec 07, 2016 10:40 am

Saya ingin mengemukakan cerita yang menarik mengenai ekonomi dunia. Benar atau tidak? Saya serahkan kepada anda.


Sungguh menakjubkan. Ini adalah dunia yang gila! Artikel yang menarik ditulis oleh Pakar Ekonomi India


Jepun banyak berjimat dan menyimpan. Mereka tidak bebelanja banyak. Juga, Jepun mengeksport lebih daripada mengimport. Mempunyai lebihan dagangan tahunan melebihi 100 bilion. Namun Ekonomi Jepun dianggap lemah dan akan menjadi semakin lemah.


Amerika berbelanja banyak kecuali sedikit yang menyimpan. Juga US mengimport lebih daripada eksport.


Mempunyai defisit perdagangan tahunan lebih daripada $ 400 bilion. Namun, ekonomi Amerika dianggap kuat dan dipercayai untuk menjadi lebih utuh.

Tetapi dari mana Amerika mendapatkan wang untuk berbelanja? Mereka meminjam dari Jepun, China dan juga India.


Hampir semua negara lain menyimpan kecuali Amerika Syarikat yang berbelanja. simpanan global kebanyakannya dilaburkan di Amerika Syarikat, dalam dolar.


India sendiri menyimpan aset mata wang asing lebih daripada $ 50 bilion dalam sekuriti AS. China pula telah tenggelam lebih daripada $ 160 bilion dalam sekuriti AS. Kepentingan Jepun dalam sekuriti AS juga berjumlah berbillion dolar.


Keputusan :


Amerika Syarikat telah mengambil lebih daripada $5 trilion daripada dunia. Jadi, seperti yang dunia

berjimat dan menyimpan untuk Amerika Syarikat - Amerika yang bebas berbelanja. Hari ini, untuk mengekalkan perbelanjaan Amerika Syarikat, iaitu bagi ekonomi Amerika Syarikat untuk terus berkembang, negara lain terpaksa membayar $180.000.000.000 setiap suku tahun, iaitu $2

bilion sehari, ke Amerika Syarikat!


Cuba tanya soalan ini?


Mana yang telah melabur lebih, Amerika Syarikat di China, atau China di Amerika Syarikat? Amerika Syarikat telah melabur di China kurang daripada separuh daripada apa yang China telah laburkan di Amerika Syarikat.


Begitu halnya dengan India. Ia telah melabur di Amerika Syarikat lebih daripada $50 bilion. Tetapi Amerika Syarikat hanya melabur kurang daripada $20 bilion di India.


Mengapa dunia ini memandang Amerika Syarikat?


Rahsianya terletak pada perbelanjaan Amerika, bahawa mereka tidak menyimpan! Malah mereka menggunakan kad kredit mereka untuk membelanjakan pendapatan masa depan mereka. Mengetahui Amerika Syarikat berbelanja adalah apa yang menjadikan ia menarik untuk mengeksport ke AS. Jadi US mengimport lebih daripada apa yang ia eksport tahun demi tahun.

Keputusan:


Dunia ini bergantung pada penggunaan dalam Amerika Syarikat untuk pertumbuhannya. Dengan budaya mendalam penggunaan, Amerika Syarikat telah terbiasa dunia untuk memberi makan kepada penggunaan AS. Tetapi seperti Amerika Syarikat memerlukan wang untuk membiayai penggunaannya, dunia menyediakan wang.


Ia seperti pekedai memberikan wang kepada pelanggan supaya pelanggan terus membeli dari kedai. Jika pelanggan tidak akan membeli, kedai itu tidak akan mempunyai perniagaan, melainkan jika pekedai memberikan dana kepadanya. Amerika Syarikat adalah seperti pelanggan bertuah. Dan dunia ini adalah seperti pekedai tidak berdaya. Pembiaya.


Siapakah pekedai pembiaya terbesar Amerika? Jepunlah sudah tentu. Namun Jepun yang dianggap lemah. ahli ekonomi moden mengadu bahawa Jepun tidak berbelanja, jadi mereka tidak berkembang. Untuk memaksa Jepun untuk berbelanja, kerajaan Jepun yang mengurangkan kadar faedah simpanan hingga ia dikenakan pada penyimpan.


Itupun Jepun masih tidak membelanjakan (Tabiat tidak berubah, walaupun dengan cukai.) Simpanan pos tradisional mereka sahaja adalah lebih daripada $1.2trilion. Oleh itu, simpanan, bukan menjadi kekuatan Jepun, malah telah menjadi penyakit.


Oleh itu, apa yang kita pelajari di sini?


Sesebuah negara tidak boleh berkembang melainkan jika orang berbelanja, tidak menyimpan. Bukan sahaja berbelanja, tetapi meminjam untuk berbelanja.

Kata Dr. Jagdish Bhagwati, pakar ekonomi kelahiran India yang terkenal di Amerika Syarikat, kepada Manmohan Singh bahawa kaum India kuat menyimpan. Suruh mereka berbelanja, ke atas kereta yang diimport dan serius walaupun kepada kosmetik! Ini akan meletakkan India pada keluk pertumbuhan.


'Penjimatan adalah dosa dan perbelanjaan adalah suatu kebaikan.'


Tetapi sebelum anda mengikuti Neo Ekonomi ini, carilah beberapa orang bodoh untuk menyelamatkan supaya anda boleh meminjam dari mereka dan menghabiskannya!!! Dunia berada dalam keadaan ekonomi yang huru hara!
Back to top Go down
View user profile http://www.mudah2u.co.vu/
Sponsored content




PostSubject: Re: Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !   Today at 11:22 pm

Back to top Go down
 
Kelas Forex " Teknik 100 PIPS Sehari ! " & SIGNAL PERCUMA !
View previous topic View next topic Back to top 
Page 3 of 3Go to page : Previous  1, 2, 3
 Similar topics
-
» Radio City Products 702 Signal Generator
» adding a Signal strength meter
» Resurrecting another long-lost thread... the Scampington Signal Cabin
» LGB Point/signal motor unit operation
» Bad radio signal/reception

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KERJA KOSONG :: Iklan Kekosongan Jawatan :: Finance Jobs-
Jump to: